Wednesday, 16 August 2017

PROJEK BEKALAN AIR GRAVITY FEED SYSTEM (GFS) PERINGKAT KEBANGSAAN

Buat julung kalinya, Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya melalui Unit Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) telah diberi mandat dan kepercayaan untuk mengelola satu projek bagi peringkat kebangsaan iaitu Projek Bekalan Air Gravity Feed System (GFS) yang belangsung selama tiga hari bermula 13 Ogos 2017 hingga 15 Ogos 2017 di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Projek tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Bayan Lepas, YB. Tuan Haji Nordin Bin Ahmad.

Sebelum projek dilaksanakan, perancangan kerja perlu dilakukan terlebih dahulu seperti :

1. Menguruskan dan berbincang isu-isu berkaitan tanah untuk laluan paip.
    * Mendapatkan persetujuan tuan tanah.
    * Menyiapkan fail projek.
    ( Tarikh : 3 Julai - 7 Julai 2017 )

2. Mengenalpasti punca air.
    ( Tarikh : 10 Julai - 28 Julai 2017 )








3. Menyiapkan laluan paip.

4. Menyediakan skematik empangan dan lakaran projek.
    ( Tarikh : 1 Ogos - 4 Ogos 2017 )






5. Mesyuarat bersama penduduk.

6. Pembelian barang projek.
    * Kos keseluruhan projek : RM 26000.00

7. Perlaksanaan projek.

    Empangan 1 
    (Tarikh : 7 Ogos - 11 Ogos 2017 )













     Peringkat Kebangsaan 
    ( Tarikh : 13 - 15 Ogos 2017 )

























Pihak Unit Kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program perlaksanaan bekalan air gravity feed system (gfs ) peringkat kebangsaan.


2 comments: