Tujuan tinjauan awal ini adalah untuk memperoleh maklumat awal berkaitan dengan lokasi tempat kediaman dan maklumat yang berkaitan dengan isi rumah, kumpulan etnik, bahasa pertuturan dan lain-lain. Maklumat yang diperoleh ini akan digunakan bagi membantu dalam pelaksanaan pengumpulan data nanti.
Ahli peninjau yang terlatih akan menjalankan tinjauan awal ke tempat-tempat kediaman yang terpilih. Tugas-tugas mereka meliputi :
- Sesi temuramah ringkas dengan Ketua Isi Rumah bagi mendapatkan maklumat setiap ahli keluarga.
- Menampal kad Tempat Kediaman (TK) bagi memudahkan pengumpul data mengenalpasti rumah yang terpilih semasa pengumpulan data.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Operasi di Institut Kesihatan Umum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur di talian 03-2297 9595 atau e-mel di nhms.iku@moh.gov.my
Segala kerjasama dari pihak anda dalam menjayakan tinjauan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment