Wednesday, 29 April 2015

NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA TAHUN 2015

NOTIS TAWARAN SEBUT HARGA TAHUN 2015

KEMENTERIAN/JABATAN : PEJABAT KESIHATAN DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG

PROJEK : PROJEK PEMASANGAN BEKALAN AIR LUAR BANDAR.
                ( SAMBUNGAN PAIP AIR PBA / KKM )

TARIKH DIPAPARKAN : 29 APRIL 2015

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman dan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai tukang paip dan Sijil CIDB yang masih aktif serta syarikat tersebut adalah syarikat yang tidak DISENARAIHITAMKAN.

2. Pengurus Syarikat boleh menghadiri sesi taklimat atau menghantar beberapa orang wakil untuk mendaftar di Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya, Pulau Pinang pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

3. Borang sebutharga dan spesifikasi bagi kerja-kerja sambungan bekalan air paip PBA/KKM serta senarai penuh penerima subsidi bekalan air akan dikeluarkan secara PERCUMA dan diserahkan kepada kontaktor yang hadir semasa taklimat skop kerja nanti. Setiap kontraktor yang hadir diingatkan supaya membawa salinan Sijil Pusat Khidmat Kontraktor, Sijil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Sijil CIDB yang masih mempunyai tempoh sah laku.

4. Semua tawaran dan maklumat yang lengkap hendaklah dihantar menggunakan SAMPUL SURAT BERLAKRI DAN DITANDA DENGAN NO. SEBUTHARGA. Sebutharga ini hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga atau melalui kiriman pos dan alamatkan kepada :

PEGAWAI KESIHATAN DAERAH,
PEJABAT KESIHATAN DAERAH BARAT DAYA,
2761, AIR PUTIH,
11000 BALIK PULAU,
PULAU PINANG.

5. TARIKH TUTUP sebutharga pada 22 MEI 2015 (JUMAAT) sebelum jam 12.15 tengah hari.

6. Senarai syarikat / kontraktor yang terpilih oleh PEJABAT KESIHATAN DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG akan dimaklumkan kemudian.

7. Syarikat / Kontraktor yang menghantar sebutharga yang lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diterima.

Harap Maklum...




No comments:

Post a Comment